teori gula sekilo beras sekampit

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

changing the rules of being rich

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

bincang dan bebel


berbeza pendapat tuh bagus.. cuma kena jaga hati kita sendiri.. kena paham dalam berbincang bukan kita mencari2 menang tapi kita mencari2 solusi.. nih yg kurang bila org melayu berbincang..

tipikal org melayu sembang kedai kopi, dia memang pandai cari sebab.. sama ada pakai fakta, gossip, teori konspirasi dan buat cerita sendiri.. ini memang kehebatan org melayu.. aku sebut sebagai kreativiti dan panjang akal org melayu..

tapi seperti yg selalu kita baca dlm forum nih.. kita tak ada solusi.. kalo ada solusi pun terlalu umum sampai kita rasa solusi tuh takkan boleh dipraktikkan.. ini pun kehebatan org melayu.. kita mempunyai fikiran kritis yg membolehkan kita melihat jauh akan kelemahan setiap tindakan..

malangnya yg kita lihat adalah sisi negatif sahaja.. semua sikap kritis dan analitik nih kita belajar dari penjajah.. ini yg kita tak perasan.. sebab tuh setiap fikiran kritis dan analitik kita hanya berkisar seputar benda2 negatif sahaja.. 400 tahun kita dicanai dari generasi ke generasi supaya mempunyai sikap ini.. inilah kekeliruan org melayu.. kita tau kita hebat tapi dalam hati kita ada rasa rendah diri.. inilah kejayaan penjajah..

dalam berbincang kita kena belajar lihat apa yg ada dalam pendapat org.. nih aku cakap pada diri aku sendiri.. aku cuba nak pahamkan macammana org lain berpikir hingga dia boleh berpendapat seperti yg dia pertahankan.. bila kita paham maka kita akan belajar menghormati pendapat org.. sebab kita paham tidak ada satu pendapat pun yg total betul kerana setiap org punya persepsi sendiri dlm melihat sesuatu perkara..

sama juga bila kita memberi pendapat.. bergantung pada keadaan emosi dan rasional kita pada waktu tuh.. kalo masa tuh kita terganggu dgn situasi sekeliling kita maka kita akan terbawa2 dlm perbincangan.. maka cara kita luahkan pun akan berbeza..

sama cam org membebel.. kalo masa tuh mmg emosi kita tak sesuai utk bebelan.. kita sama ada akan serang balas atau kita buat tak layan.. padahal kalo kita dlm keadaan tenang, maka kita akan cuba dengar dan cari apa yg dibebelkan tuh.. bila kita 'ignore' terlalu awal, kita akan rugi dalam memahami satu perkara yg mungkin penting bagi diri kita.. tapi sebab kita dah bagi 'negative response' maka org yg membebelkan kita pun dah tanak cakap dengan kita lagi.. rugi kita kalo tak ditegur.. teguran tuh nasihat. dengar nasihat dapat pahala..

ini semua Islam dah ajar kita.. adab berbincang, adab berdebat, adab memberi dan menerima nasihat.. begitu juga dengan cara menjaga hati kita sendiri.. kalo kita bercakap dengan rasa riak lain jadinya.. begitu juga bila kita bercakap dengan rasa marah, rasa benci, dsb..

lagi sekali, berbeza pendapat tuh bagus.. kalo tidak evolusi ilmu akan perlahan.. kita akan hanya menerima saja tanpa menggunakan akal pikiran.. rugi tak guna akal pikiran.. sebab itu saja beza kita dengan makhluk lain..

panjang pulak aku membebel ye..
Read On 0 ulasan

pedra blanca dan malaysia, setinggan dan enau..



pulau batu putih dah diputuskan jadi hakmilik singapura.. walaupun semua hakim icj tuh setuju asal milik pulau tuh ialah kerajaan johor tapi undian 12-4 berpendapat bahawa singapura adalah pemilik mutlak terkini.. maknanya jelas bahawa penghakiman berlaku berhubung faktor sejarah sekitar surat tahun 1953 yg menyatakan bahawa kerajaan johor tidak menuntut hak ke atas pulau tuh..

sebenarnya dari awal lagi, bila pasukan malaysia menidakkan kepentingan surat 1953, dah dapat dijangkakan keputusan nih.. kita beranggapan bahawa apa2 sahaja yg lebih dekat maka dialah tuannya.. bila pulau nih lebih dekat dgn johor maka kitalah punya.. mmg begitulah cara sebahagian org2 melayu memutuskan hak milik dari zaman dulu.. kalau tanam pokok buah2an dekat dgn kebun org, maka org sebelah pun berasa macam pokok dia jugak.. tak kisah sangat psal sempadan.. sama2 merasa.. mmg ini semangat org melayu dulu.. tidak me'munya'kan harta dunia.. tapi kita lupa zaman berubah..

pastu semua main janji mulut.. kita tak heran sangat surat2 nih.. sebab kita percaya manusia dipegang pada janji.. bila meninggal, macam nak rak waris cari geran tanah, ukur sempadan, sebab waris tak duduk tanah tuh tapi nakkan hak.. bukan setakat berebut sempadan dengan jiran malah berebut sempadan sesama waris.. ini semangat org melayu sekarang.. sebab mempertahankan hak..

nih semua pandai penjajah, semua benda buat perjanjian bertulis, kalau tak jelas pun tulis jugak.. surat 1953 tuh tak kata pulau tuh hindia timur punya tapi jelas kata kerajaan johor tanak amik tau.. maka jadilah umpama setinggan.. tanah kosong pakat duduk ramai2.. bila dah duduk berpuluh tahun, tuan tanah pun susah nak halau.. kalau nak halau kena bagi pampasan pulak.. padahal bertahun2 dia duduk tak bagi apa2 pun kat tuan tanah.. nih jadi pada org melayu zaman berzaman.. dan mmg org melayu nih tak berapa pandai nak selesai isu setinggan nih.. solusi tipikal, kena beralah..

pulau secotet besar separuh padang bola tuh bukan ada apa pun.. isu yg sebenar ialah kawasan perairan dan angkasa.. singapura perlu kawasan angkasa lebih besar utk berlatih bawa pesawat terbang diorg yg canggih.. nih sama macam org singapura beli motor kuasa tinggi pastuh guna lebuhraya malaysia utk 'test power'.. paling kuat kena tembak 'speed trap'.. kalo kapal terbang kang kena tembak betul2.. selama nih pun dah kira nasib baik askar malaysia tutup sebelah mata bila diorg 'terbabas' masuk angkasa johor..

tapi singapura dah dirikan rumah api.. yg paling seronok, peta malaysia pun bagi alamat rumah api tuh singapura punya.. malah ada pulak pihak malaysia pernah mintak surat kebenaran dari singapura utk buat kajian kat sekitar pulau tuh.. maknanya secara tidak langsung mmg kita dah mengaku pun pulau tuh singapura tadbir.. maka mmg susahlah nak amik semula pulau itu jadi hak kita..

inipun satu lagi cara org melayu zaman dulu.. siapa yg buka dan usahakan tanah tuh maka dia lah yg punya tanah tuh.. rasanya kalau tak aslah dalam perlembagaan pun ada tulis macam tuh.. cuma bila tanah melayu dipersekutukan maka semua tanah jadi milik persekutuan.. nak buka dan usahakan kena mintak kebenaran persekutuan.. contoh jelas rancangan felda.. nih cara nak bagi hakmilik tanah kat org melayu secara sah.. masa tuh org melayu dah hampir takleh bersaing kat pekan2.. kena bukak hutan baru..

sama laa macam citer pulau sipadan dulu.. sebab mmg kita yg uruskan prasarana dan buat promosi antarabangsa maka mmg kita lah yg me'munya'kan pulau tuh.. tapi kira itu lebih mudah sebab takder surat menyurat.. sebab tanah2 belah situ penjajah tak amik tau sangat.. lagipun penjajah masa tuh dah amik borong satu pulau tuh untuk dia sebelum dia bahagi2kan sesama penjajah.. beza dgn johor dulu yg kononnya ada terer sket berbanding raja2 melayu yg lain.. sebab tuh penjajah pun buat cara cerdik dia.. agaknya raja johor masa tuh ingat inggeris nak pinjam saja, tak perasan licik penjajah nih dia nak me'munya'kan.. masa malayan union pun camtuh jugak.. org melayu nih tak pandai tulis2 atas kertas nih.. tuh yg selalu kena perdaya..

apapun, sebab kita dah mintak antarabangsa buat penghakiman maka kita kena terima jugalah.. dah mintak nasihat tapi pastuh tak terima makna kita takder adab.. nanti org kata kita tak bertamaddun pula.. cuma rasanya benda nih belum tuntas.. penghakiman dibuat dari perspektif sejarah.. tapi nak buat sempadan nih kena tgok kedudukan geografi.. tgok kedudukan ke tiga2 batu nih, panjang lagi cerita nak buat sempadan nih.. cuma rasanya nanti dari segi politik akan berlaku 'power play' kat perairan tuh.. macam biasa kata org melayu 'wait and see' saja lah..

apa yg boleh kita buat pengajaran ialah bagaimana kita akan kehilangan hakmilik kita jika kita tak jaga.. contohnya tanah melayu nih kita anggap milik org melayu sebab dari zaman berzaman mmg datuk nenek kita yg punya.. yg kita tak perasan ialah tanah melayu dah tak wujud, yg ada sekarang ialah malaysia.. bukan hak mutlak org melayu tapi hak samarata semua yg memegang hak warganegara..

kalau kita nak pertahan ketuanan melayu, kena jaga dan perkuat dalam perlembagaan akan kedudukan org melayu.. kena jaga dan perkuat institusi raja-raja sebagai simbol ketuanan org melayu.. kena jaga dan perkuat sistem mahkamah syariah dan kedudukan Islam sebagai asas jatidiri org melayu.. ini semua yg dapat mempertahankan hak ketuanan melayu..

dan juga kita tak boleh sekadar berpegang pada retorik sejarah kegemilangan kerajaan melayu lama.. kita kena sama2 kuat bersaing dan mentadbir sendiri negara kita demi org melayu.. bukan hanya mentadbir kuasa, tetapi juga memperkasa perpaduan melayu dlm ekonomi.. kita kena berhenti mencari2 kelemahan melayu, dan sebaliknya menggilap kekuatan sesama kita.. kita kena berhenti menuding jari mencari kesalahan dlm ummah kita, dan sebaliknya berganding bahu membina kekuatan jemaah kita..

kalau kita masih sibuk mahu menjadi enau di dalam belukar, kita tak perasan seluruh hutan dah penuh dengan pokok2 renek lain hingga enau2 yg tidak cukup tinggi tak mampu bernafas lagi.. jangan nanti penghujungnya, yg tinggal hanya spesis enau2 yg bantut, yg dipanjat oleh pokok2 renek lain.. silap2 masa tuh renek2 parasit tuh bunuh terus enau yg zaman dulu kala tinggi2 belaka.. nauzubillah..
Read On 0 ulasan

10 cerita biasa


tanah melayu nih sebuah negeri yg hebat.. byk benda2 pelik berlaku tapi kita rasa biasa2 saja.. benda yg biasa2 yg byk org kita rasa pelik pulak.. tuh yg 'fascinating' tentang malaysia.. nih nak cerita benda2 yg aku terbaca dlm hari2 kelmarin..

kes paling seronok aku baca minggu lepas ialah kes mahkamah syariah trengganu yg menolak permohonan seorg lelaki utk berkahwin kali ke-4.. mengesahkan bahawa mmg susah nak kawin kat malaysia nih.. walaupun bini2 bagi kebenaran tapi mahkamah pulak tak benarkan.. bakal bini dan mertua rasa dia boleh adil tapi mahkamah pulak kata dia tak mampu berlaku adil.. bila dah adjust penyata pendapatan.. mahkamah tak puas hati pulak dengan alasan dia nak kawin lagi.. mmg betulla lagi senang kawin kat siam pastuh baru daftar kat malaysia.. tinggal bayar denda saja.. takyah susah payah naik turun mahkamah..

citer psal mahkamah nih, dah kuau keputusan icj.. batu putih milik singapura, karang tengah milik malaysia dan karang selatan bergantung pada sempadan.. faktor sejarah melampaui rasional geografi.. kes pemilikan dah selesai tapi belum tuntas bab garis sempadan.. nih contoh nasib anak cucu bergantung pada apa yg datuk nenek buat.. kalau kita sekarang buat tak kisah, esok lusa anak cucu kita yg terima akibat.. elok juga buat org sedar bahawa belajar sejarah tuh penting.. kalau tak kita lupa..

bila sebut org melayu mudah lupa, buka pula alkisah org umno lak skrg tgh kecoh psal che det kuau parti.. macam biasa dah kuau balik lah soal kesetiaan dan perpaduan.. citer nih biasa2 saja tapi kecohnya macam cerita piring terbang turun kat sepang.. mmg org melayu suka drama.. lain tahun kena buat anugerah utk org2 politik, siapa jadi pelakon terbaik, pengarah terbaik dan cerita terbaik.. bolehlaa seronok org politik dapat anugerah..

dua tiga hari nih penyokong MU tgh seronok sebab menang piala juara-juara.. chelsea kalah sebab ada hero tergelincir masa tendang penalti terus tak masuk.. tapi menang tetap menang.. tak sama dengan piala thomas.. populariti dah tak sehebat dulu walaupun pemain malaysia semua ranking top10 dunia.. sebabnya hanya satu.. sebab org melayu dah tak minat tgok badminton semenjak adik beradik sidek tak main badminton.. sama gak kenapa ramai org melayu minat main bowling lepas shalin jadi juara.. tiba2 bowling jadi sukan popular kat malaysia.. mmg org melayu ketandusan hero sama seperti ketandusan pemimpin..

ada satu lagi kes mahkamah syariah psal seorg lelaki yg mengaku 'rasul melayu'.. ikut cerita terkini rasul nih dah menghilangkan diri, kata anak dia, bapak dia kena hilangkan diri sama cam kaedah Nabi saw hilangkan diri masa kena kejar dgn arab jahiliyah.. yg hebatnya dia bagi fatwa solat nih boleh diganti dengan amal makruf nahi mungkar.. tapi kalo baca sirah, Nabi saw solat siang malam.. maknanya 'rasul melayu' nih lagi hebat 'syafaat' dia dari Nabi saw sendiri.. ramai pulak tuh yg jadi pengikut.. nauzubillah.. seram nak difikirkan...

polis malaysia pun dah dapat kes seram, mula2 jumpa tangan, seminggu lepas tuh jumpa pulak kaki, kemudian terjumpa badan tanpa kaki, tangan dan kepala.. boleh tak kita katakan ini semua adalah pengaruh tv? penjenayah jadi lebih ekstrem lepas belajar dari cerita2 penyiasatan cam CSI, dsu.. sama cam budak mati kerna cuba terbang sebab nak jadi superman dan budak mati sebab 'belasah' kawan stail gusti ala WWE.. tapi kita tak heran sebab polis pun dah pandai guna c4 pecahkan muka.. dah internasional dah kes malaysia sekarang nih..

sebut psal internasional nih nak cerita jugak pasal persatuan olahraga malaysia yg nak halang org kenya dari masuk perlumbaan tempatan.. mana tak sakit hati org malaysia, hadiah nomor satu sampai nomor tiga, yg berjumlah berbelas ribu tuh semua org kenya nih sapu.. bukan satu kejohanan pulak tuh, hampir semua kejohanan muka diorg jer yg menang.. persatuan nak periksa pulak sama ada diorg salah guna visa masuk malaysia.. kalo dah camtuh agaknya buat apa buat kejohanan terbuka? mmg betullah malaysia nih 'lombong emas'.. cuma org malaysia jer tak reti nak 'melombong' di tanah yg kaya-raya nih..

aa.. forbes pun dah kuau senarai org kaya malaysia.. top 10 semua taksiran kekayaan di atas RM 1 bilion.. maknanya org malaysia skrg bukan sekadar millionaire tapi dah jadi billionaire.. cuma sayangnya, nama melayu hanya tuan syed saja laa, nomor lapan.. nomor satu masih raja gula malaysia yg tak duduk kat malaysia pun.. nomor dua AK tokeh astro/maxis dan nomor tiga tokeh IOI.. camna pun dlm top 40 masih ada 3-4 org lagi org melayu.. kaya betul org malaysia nih.. org melayu jer yg masih miskin.. nak kaya kena jadi org politik..

minggu kemaren kecoh lagi wakil rakyat sabah/sarawak kata diorg dapat offer lumayan, boleh tanggung beberapa keturunan, untuk diorg keluar bn dan masuk pr.. nih boleh jadi calon billionaire sekelip mata nih.. baru betul2 okb.. calon perdana menteri pr tak komen apa2 lagi.. tgh susun strategi agaknya.. penuh lobi parlimen asyik buat press conference.. wakil rakyat dah macam artis pulak hari2 keluar tv dgn gossip dan citer sensasi..

tercuit gak geli di hati bila baca citer anak ahli parlimen hindraf sambut harijadi ke-6 tahun kat lobi parlimen.. siap dgn kak wan join nyanyi lagu happy birthday dan tiup lilin.. parlimen dah betul2 jadi gelanggang sarkis.. nanti lain taun boleh bukak tender utk gerai meniaga masa dewan rakyat bersidang.. leh laa org ramai2 datang parlimen buat macam pasar malam.. tapi apa pun atas kek tuh tulis 'hapuskan ISA'.. oo bukan nak sambut harijadi sangat.. sian budak india tuh kena jadi 'barbie'..

baru2 nih kuau balik citer bekas ketua pemuda pkr ditawarkan masuk umno.. org yg paling kisah psal nih ialah tok ketua pemuda umno yg mmg dah bercadang nak turun pangkat ujung taun nih.. campur kecoh pemuda dah mula buat cadangan nak pecat anak che det dari umno.. mantan mb perang dgn mb selangor.. pak mat said lawan pak deris kat trengganu.. semua kecoh org melayu.. walhal kalo tak salah prestasi yg paling teruk dlm kelompok bn nih ialah mic dgn mca.. tak dengar pulak karpal nak saman samy tol.. yg cuma dengar sikit2 jer psal cuit2 tok ketua dlm mca..

apa pun citernya, semua berita yg kat atas nih umpama baca ruangan gosip dalam majalah mangga.. yg org risau ialah barang2 nak naik harga.. beras yg dah naik harga kurang bekalan pula.. tok najib kata hampir tak mungkin minyak tak naik harga.. tok khalid pula kata dia masih bincang dgn syabas tapi tarif air yg tentukan ialah kementerian.. nih yg paling biasa sekali berlaku dan mmg kita rasa biasa.. sebab dah hampir tak mungkin kita leh buat apa2 hal..

ujung2nya kita cuma boleh kata kita nih rakyat marhaen umpama timun melawan durian.. umpama kancil yg bijak tapi berada salah tempat di tengah2 pergaduhan gajah2.. kita sendiri dah percaya cakap2 kita hanyalah menjirus air di daun keladi.. takder sapa peduli pun.. kita percaya kita takkan mampu buat apa2.. ini yg paling luarbiasa tentang org melayu..
Read On 0 ulasan

bila che det keluar umno..


bila che det kuau umno.. jgn kata tak kecoh.. kalo pemimpin tertinggi umno pun buat mesyuarat tergempar maknanya gegar jugak laa diorg.. tapi betulkah gegar?

org kenal dah che det nih strategist.. cuma bila dia umum nak kuau umno nih nampak cam dia desperate.. bila che det cakap sesuatu yg kontroversi, kita akan nampak response org melayu yg berbaur2.. di sini kekuatan che det, dia akan membuat tindakan seterusnya bergantung pada tindakbalas org melayu terhadap provokasinya..

bila che det buat kritikan terbuka pada pak lah, macam2 reaksi kita dapat lihat.. tapi yang che det paling tak tahan ialah pak lah takder reaksi apa2.. pak lah buat bodo jer.. mungkin pak lah pun tau strategi che det.. che det nak pak lah meloncat dan buat silap.. sebab tuh skrg nih che det sendiri dah cakap dgn terbuka kata "org tuh bukan paham pun apa yg kita cakap".. pak lah biar org lain yg bertindak balas.. ini strategi pak lah..

rasanya bila che det buat tentangan terbuka macam nih, makin susahlah pak lah nak resign.. sebab kalo dia resign skrg obvious org kata dia takut dgn che det.. atau mmg che det sbnrnya tanak bagi pak lah resign.. dan ada konspirasi lain di sebalik citer keluar parti nih..

macam biasa juga, bila ada rancangan menggegar singgahsana presiden, org2 umno akan berdegar2 bercakap tentang kesetiaan dan perpaduan.. sapa yg patut setia dan siapa yg patut berpadu? nih yg org tak paham.. patutkah setia sampai main ikut buta tuli macam kerbau cucuk hidung? nak berpadu macammana kalo kepimpinan longgar?

semua mmg jelas bahawa pak lah harus letak jawatan sebagai rasa tanggungjawab terhadap prestasi buruk bn pada pru12 yg lepas.. tapi org bertanya2 siapa yg patut ganti pak lah? yg terang dan jelas sekarang ialah tok najib.. tapi lagi, org pun tau tok najib nih pun sama 2 x 5 dengan yg ada2 nih.. silap2 lagi teruk jadinya..

tgok sajalah tok najib yg macam kucing takder gigi.. main sokong saja pak lah.. kadang2 ntah apa yg dia sokong pun org tak paham.. nih contoh setia tak tentu hala.. sampai takut nak tegur ketua sendiri.. tapi org paham, gigi taring tok najib dah tumpul sebab tersondol batu mongolia.. tuh yg sokong saja, sumpah taat setia.. kalo tidak celaka badan..

kalo bukan tok najib sapa pulak? yg dok ada dlm list naib presiden, abang muhyidin dgn abang mat taib saja.. nih pun byk juga cerita-ceriti.. mmg susah nak cari ketua yg ada karisma dlm umno skrg.. sebab selama nih asik dok angkat bakul tok ketua saja.. seolah2 yg lain2 tuh hanya pak turut.. dan rasanya bukan konon2 lagi citer tuh.. mmg pak turut hasil didikan era mahathirisme.. che det jugak yg ajar kan?

walau apapun rasa2nya, takkan ada apa yg berlaku.. seperti biasa isu2 goreng pisang nih kejap je panasnya.. org melayu pun dah tak berapa peduli dah psal politik nih.. sebab dah makin serabut.. tambah pula perut melayu yg makin serabut sekarang, maka tak peduli dah benda lain..

bila perut melayu dah bertukar irama dari dondang sayang ke irama keroncong.. apa saja isu yg timbul hanya akan jadi bahan utk lepas geram saja.. tujuan asal tetap.. memperjuangkan perut sendiri.. kalo org melayu perut dah kenyang, hati dia senang.. pun sama gak dia takkan peduli..

ada pula yg cakap, kerajaan mmg sengaja buat konon macam ekonomi merudum.. saja buat provokasi supaya inflasi naik.. nih semua nak hantar mesej pada rakyat bahawa inilah yg akan berlaku jika rakyat tak beri sokongan pada bn.. kalo bn kuat, semua nih takkan berlaku.. kononnya..

tapi betul jugak agaknya.. indeks bursa malaysia nih mmg bergantung pada spekulasi.. maknanya ekonomi malaysia nih mmg bergantung pada emosi..
contoh krisis beras negara skrg nih.. tiba2 kata beras tak cukup.. dah laa naik harga, beras pulak takder.. betul ker tak cukup? tak dengar lak citer ada bencana alam kat kwsn sawah2 padi sekarang nih? ada gangguan ke kat padi2 sampai hasil berkurang? atau mmg org malaysia skrg nih makan nasi lebih banyak dari tahun2 sebelumnya?

yg nampaknya, seperti ada konspirasi mewujudkan panik dlm krisis nih.. org melayu nih kalo dia dengar ada barang nak naik harga atau bekalan nak berkurangan, dia akan buat 'panic buying'.. nih dah banyak kali jadi dah.. dulu gula, pastuh minyak, skrg beras..

terbaca statistik dalam surat khabar 2-3 minggu lepas.. kalo dulu purata org beli 20kg beras, skrg nih org beli 60kg beras.. peningkatan 200%.. bukan sebab org makan nasi bertambah 200% tapi belian panik.. org beli untuk simpan, takut nanti tak dapat beli beras, boleh mati org melayu kalo x makan nasi satu hari..

bila org buat 'panic buying' mmg sah lah bekalan akan berkurang.. bila bekalan dah kurang, maka cerdik pandai ekonomi nih ikut prinsip kapitalis, naikkan harga beras, sebab bekalan kurang dan permintaan tinggi.. padahal yg patut kita buat adalah catuan bukan naikkan harga.. sebab harga padi sama saja tak naik2.. maknanya menangguk di air yg keroh..

maka bila beras naik harga, petani pun mintak laa naik harga padi.. daripada naik harga beras kerna spekulasi, sebab harga padi naik, maka beras naik harga.. dan bila dah naik tak usah harap laa nak turun.. kecuali berlaku lambakan beras atau org dah tanak makan nasi lagi..

kalo melayu dah sibuk dok pikir psal urusan perut.. dia tak peduli sangat psal kuasa.. sebab bagi org melayu apa guna kuasa kalo perut kosong.. malah dah ada dalam sejarah, 'kerana lapar aku menjual bangsa'..maka yg dok sibuk psal kuasa nih adalah org2 yg tak lapar.. bila tak lapar mmg dia sibuk nak bercantik pula.. nih mentaliti org melayu..

apa relevannya che det kuau umno dengan krisis beras nih? tak kena mengena langsung.. cuma nak tunjuk bahawa org akan guna citer che det tuh untuk melepaskan kemarahan ttg perutnya yg lapar..

sama juga dgn tak relevannya che det kuau umno dgn pak lah resign jadi pm.. sifirnya mudah.. pak lah tau semua org kata dia lemah.. sebab tuh dia tak turun dari singgahsana pm tuh, atas alasan konon nak betulkan dulu, tanak melarikan diri.. tapi yg jelas ialah dia buat sama macam che det buat masa krisis ekonomi hujung 90an dulu..

che det tanak berenti psal dia nak betulkan dulu ekonomi.. nak pastikan semua stabil pastuh baru nak resign.. kalo tidak selama2nya dia akan diingati sebagai seorg pm yg merosakkan ekonomi negara.. dan mmg trend kalo nak bersara, kena pilih masa yg wangi dan cantik.. maka che det pun bersara dlm situasi ekonomi negara stabil dan perpaduan rakyat mantap.. kononnya.. tapi boleh laa kita terima jugak..

maka begitu juga ceritanya bila pak lah nak letak jawatan.. kalo dia letak jawatan skrg, maka dia akan sentiasa diingati selamanya sebagai seorg pm yg mengkalibutkan perpaduan dlm bn dan berprestasi paling buruk dlm kerajaan.. atas dasar itu tekanan dari che det akan menguatkan lagi pendirian pak lah untuk terus memegang jawatan tersebut sehingga perpaduan dlm umno kembali kuat ataupun hancur luluh hingga dia sendiri tak dapat bertahan lagi..

ada pula yg berkata dengan dorongan che det ini maka akan berlaku pula perpindahan secara besar2an atau peletakan jawatan secara besar2an dlm umno dlm usaha memberi tekanan kepada pak lah..

ini pun satu angan2 saja.. secara umum semua org tau bahawa setiap yg masuk umno itu mmg laparkan jawatan.. sebab jawatan dalam umno membawa maksud imbalan besar.. sekecil2 ajk cawangan pun dah boleh guna jawatan utk lobi projek.. apa lagi ketua cawangan dan ketua bahagian..

tak masuk akal utk org yg mmg masuk umno utk jawatan di suruh melepaskan jawatan.. sebab mereka tau sekali mereka lepas, diambil org lain, takkan kembali lagi ke tangan mereka.. ini mmg 'process flow' dlm umno.. org melayu masih berfikir sekitar pusat dan lutut saja.. ini realiti yg kita kena paham..

kecuali kalo ketua2 tuh berada dlm negeri yg tidak dikuasai oleh umno.. mungkin juga laa.. sebab mmg diorg takder kuasa.. tapi tok ketua juak2 nih pun bukan bodoh sangat.. tak dapat hasil dari kerajaan negeri, diorg pantau pula buah tangan dari kerajaan pusat.. takkan dah lupa camna diorg urus royalti minyak trengganu masa pas memerintah.. dan baru sangat kita tgok kaedah baru JPPP vs JKKK.. sedang duit derma dlm persatuan pun boleh berpindah tangan secara legal, kononnya..

kesimpulannya, tindakan che det keluar umno nih tak akan membawa apa2 perubahan dlm umno.. yg mungkin berlaku ialah anak che det yg masih dlm umno keluar umno bila dia punya deadline utk pak lah sampai.. tuh pun pening memikirkan apa sebab pulak pak lah leh letak jawatan dlm masa 2 bulan..

bila anak che det nih kuau, mungkin akan nampak pengikut2 kem dia akan kuau sama2.. tapi sebelum kuau mestilah diorg kena siapkan foundation.. kalo tak camna nak teruskan 'perjuangan' diorg.. kena ada asas.. nih yg mungkin che det akan buat di luar umno sementara anak dia mencalar balarkan umno dari dalam.. maknanya kalo plan A, pak lah resign, tak berlaku maka plan B, foundation utk gerakan mukhriz disiapkan..

apa pun yg paling2 akan berlaku dlm umno ialah perjuangan untuk memposisikan diri jika pak lah letak jawatan.. sebab tuh ramai2 pakat tunjuk loyalti.. sapa yg paling setia makna makin dekat dgn pak lah.. ada can laa memposisikan diri dlm 'next in the queue'..

yg paling untung ialah pr.. sebab inilah masanya diorg memperkuatkan kedudukan diorg sebagai juara baru rakyat.. kalo diorg tak pandai nak guna 'kelebihan' nih, atau terhegeh2 bertatih, atau masih menyibukkan diri dengan kemelut umno, diorg rugi masa laa.. nih masa nak tutup terus citer umno dan fokus dgn apa yg diorg nak buat.. sebab umno tgh sibuk.. kalo dia bercakap pun macam org mengigau.. org tak peduli sangat..

bottom line.. benda nih hanya satu slot dari adegan drama politik org melayu.. nak kata ulang tayang pun boleh.. kalo dulu che det tulis surat kat pm, skrg nih anak dia pulak tulis surat terbuka kat pm.. cuma mana hujung ceritanya belum laa kita tau lagi.. mungkin sama atau mungkin ada variasi lain sket..

pada org melayu, sama jer.. semua nganga saja.. sebutlaa psal ketuanan melayu, psal kesetiaan, nasionalisme, kuasa politik melayu, takder makna.. sebab pada org melayu tak guna kuasa kalo perut lapar.. nih generasi lepas merdeka.. diorg lebih pentingkan perut dan nyawa dari prinsip dan jatidiri.. realiti tuh.. berapa kerat jer yg jujur bila bercakap tentang perjuangan melayu..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008