Maid vs Babysitter..


antara maid dan babysitter.. mana jimat? sama jer.. duit bukan isu.. kalo dah nama ada anak mmg laa kena ada rezeki bahagian diorg.. pusing laa kot mana pun..

kalo maid walaupun bayar gaji murah tapi kena bela bagi makan minum dan sediakan bilik utk dia.. itu semua kos.. kalo antar babysitter, kena kira jugak peruntukan tambahan makanan & kelengkapan anak yg nak ditinggalkan kat babysitter campur lagi dgn duit minyak dok ulang alik antar-jemput.. jgn kira 'main cost' jer dan 'assume' jimat.. byk 'hidden cost' kita tak pasan.. maka tak payah citer psal jimat duit.. sama jer..

yg perlu dipertimbangkan ialah keselesaan kita sebagai ibubapa.. bukan keselesaan anak.. sebab kalo kita pentingkan anak, kita tak akan amik pilihan selain kita jaga sendiri.. jgn nak 'defensive'.. semua kita nih sama.. kita buat macam2 alasan dan kaitkan alasan kita dgn macam2 terutama konon utk kesenangan anak laa, masa depan anak laa, etc.

'bottom line' kalo anak adalah 'priority' kita maka kita semua mmg tahu bahawa tidak ada tangan yg lebih baik menjaga anak selain ibunya sendiri.. apalagi anak2 di bawah umur 6 tahun.. mmg patut ibu yg jaga 'full-time'.. bila anak dah besar baru kita leh tinggalkan, nak keje ke, apa ke.. nih kita terbalik.. maka tak payah citer konon kesian kat anak.. jgn menipu diri sendiri..

maka kita kembali kepada sebab yg utama.. keselesaan kita suami isteri.. barulah realistik.. 'so' nak amik maid ker tidak? meh kita sama2 tgok..

kalo amik maid, bukan setakat jaga anak, kita leh guna dia untuk jaga rumah, menyapu, cuci baju, kemas dapur, dsb. maka kalo isteri balik takderlaa dia dlm penat2 balik keje tuh kena berselintau kemas rumah atas bawah.. kesian dia penat.. dan kita lak kena jaga anak2.. dah laa baru balik keje.. leh stress oi.. nih yg bila masuk bilik tidur dah takleh nak pikir apa2 lagi.. tak sempat dah nak romantis2.. kalo ada maid, leh laa selalu2 kuau berdua.. rasa cam pengantin baru.. betul tak? :wink:

cuma kalo ada maid nih, kita kurang 'privacy' sket.. nak terkangkang depan tv pun susah.. nak cakap benda2 rahsia pun kena masuk kelambu.. kalo maid tuh bendul takpa.. tuh belum citer maid nih buat perangai.. kdg2 leh risau gak bila teringat anak tinggal dgn maid.. ntah dia apa2kan anak kita mana kita tau kan?

kalo tak amik maid, rumah kita 'privacy' kita.. nak jalan pakai spender pun tak kisah.. paling kuat anak2 ejek kita tak malu jer.. :lol: anak2 pun disiplin.. mak bapak penat maka diorg takleh laa buat hal sangat.. anak2 pun lebih mesra dgn makbapak sebab takder pengaruh luar.. tak risau maid nak goda laki kita ker.. mak bapak kita pun kalo datang rumah tak segan2..

tapi cam aku cakap tadi laa.. kalo anak sorg dua takpa jugak.. kalo ramai leh pitam.. bila budak2 dah tidur, rasa cam baru habis kenduri kawin.. pagi2 dah kena bangun.. mana nak bersiap gie keje, nak siapkan anak, buat sarapan.. silap2 laki pun kena bangun pagi mandikan anak.. tau jer laa budak2 merengek pagi2 camna.. sampai opis dah separuh 'stress'.. kita laki bini toksah nak kata laa.. nak berkomunikasi camna sibuk 24jam.. main pun nak ujung minggu jer.. tuh pun pagi2 budak2 dah ketuk pintu..

yg bernasib baik ada maid baik atau babysitter baik tuh citer lain.. rationya hanya 40%.. kebarangkalian pening dgn maid atau dgn babysitter masih tinggi.. tak relevan nak masukkan sebagai pertimbangan.. kena pikir 'worst case scenario' dulu.. kecuali org yg citer maid baik tuh leh bagi maid dia kat kita atau org yg 'promote' babysitter baik tuh duk satu kawasan dgn kita, 'so' kita leh tumpang sekali..

maka kesimpulannya, perkara utama yg kita kena timbangkan sama ada nak amik maid atau tidak ialah antara persoalan 'privacy' dan penat.. kena timbang2 laa dan pikir2 sampai masak.. kalo keadaan rumahtangga kitab memerlukan 'privacy' jangan amik maid.. kalo keadaan kita mmg tiap hari cam nak pengsan sampai laki pun komplen kita tak layan dia, maka leh laa timbang2kan amik maid nih..

tapi ada satu solusi lagi.. kalo masih risau psal anak dan masa yg sama risau psal duit.. camna kalo korg sendiri jadi babysitter.. modal sket gie amik kursus penjagaan kanak2.. kemas ada kursus tuh.. pastuh korg buka 'homebased'..

'homebased' tak perlu lesen tadika dan leh buat kat umah sendiri.. hanya perlu 'acknowledge' kat majlis perbandaran saja.. dan leh jaga 'up to' 10 org kalo tak salah.. tak campur anak sendiri.. jagalah anak org tuh camna kita nak anak kita dijaga kalo kita bagi kat org..

kalo sorang ko charge RM300 pun kalo 10 org dah RM3,000.. tuh tak campur kalo ada yg 'transit'.. lumayan kan? inilaa solusi yg aku bagi kat org umah aku.. 'so far' alhamdulilah.. anak2 aku terjaga rapi dan ramai kawan2.. bukan susah sangat jaga budak2 nih kalo nak 'compare' melayan karenah boss dan kawan sekerja.. laki balik pun senang hati..

hanya maslahnya takleh nak suka2 cuti, dah buat bisnes kena laa tanggungjawab.. tuh belum bisnes jual macam2 barang kat 'parent' budak2 jagaan lagi.. cuma bisnes pulak adalaa masalah dan risiko tersendiri..

'so' camna nih? nak amik maid ker tidak?
Read On 0 ulasan

Takaful : satu penjelasan

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

asas pelan kewangan peribadi

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Derma Organ : fatwa dan pendapat


Majlis Fatwa Kebangsaan:
Sejarah awal mengharuskan derma organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965, berkenaan tentang pendermaan kornea. Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan 4 syarat yg mesti diambilkira dlm menfatwakan hukum menderma organ sebagai ‘harus’;

pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ

penderma organ mesti disahkan telah mati

mendapat kebenaran dari keluarga penderma

tidak melibatkan urusan jual/beli. dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.


Sheikh al-Azhar:
“Adalah diharuskan untuk memindahkan organ orang yang mati kepada mereka yang masih hidup dengan syarat simati ketika hidupnya sudah pun meninggalkan wasiat mengizinkan organnya didermakan,” kata Sheikh al-Azhar, Mohammed Said Tantawi.

Kenyataan beliau dipetik agensi berita Mesir (Mena) ketika Mohammed berucap pada persidangan mengenai pemindahan organ.

Sheikh Tantawi berkata dalam keadaan tiada wasiat, doktor perlu menggunakan pertimbangan beliau untuk memutuskan apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan.


Mufti Mesir:
Mufti Mesir, Ali Gomaa berkata, Islam menggesa umatnya melindungi nyawa dan kesihatan manusia dan sejajar dengan itu, agama ini membenarkan pelbagai kaedah rawatan bagi mengubati pesakit.

“Ini termasuk memindahkan organ menurut peraturan yang ditetapkan oleh agama dan kajian saintifik tetapi dalam masa sama tidak menjejaskan hak orang lain,” katanya.


Fatwa Negeri Johor:
Keputusan Lujnah Fatwa:

1)Pemindahan/pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2)Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Walaubagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan/pendermaan atau melakukan keatas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i)Transplan organ ada 2 keadaan

a)Keadaan penderma masih hidup
- Menjalankan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan

- Dengan redha penderma tanpa paksaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu

b)Keadaan penderma yang telah mati
- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan redha penderma melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam ertiakta lain pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan taqwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tenh dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) mati otak

- menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya 3 orang doktor professional (doktor islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat maka suasana ini gugur.


Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Al-Yarmouk, Jordan:
Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhdp isu derma dan pemindahan organ :

1. 1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.


3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas
Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
i- i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Statistik mengapa org melayu tidak menderma organ. Sumber: Kaji Selidik IKIM: Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 18



kita tak peduli sebab tak kena kat kita atau org2 yg kita sayang.. kalau anak kita perlukan penderma organ, dan kita tidak boleh menderma organ kita padanya.. maka masih bertanya2 lagikah kita?

stop being ignorant!


Read On 1 ulasan

gift of life


Pendapat joko kelono dibawah perbincangan "Pemindahan Organ Satu Dilema"

Fatwa jelas mengharuskan derma organ waima kepada bukan Islam...

Persoalannya, jika selama ini anggota tubuh kita yg dianugerahkan drpd Ilahi kita jaga drpd terkena benda yg haram, makan kita jaga tp skg ni kita diminta utk menderma organ kita utk membantu org lain yg mybe engkar dgn Allah utk meneruskan hidup..

Mybe org yg kita dermakan organ nie mkn x kira halal & haram dan adakah ia akan mnyusahkan kita di "sana" nanti...

setahu saya "Anugerah Allah itu Wajib kita Jaga menurut Kehendak Nya"

demografi bakal penderma dari tahun 1997 hingga 2006tubuh badan kita nih hanya pinjaman.. pinjaman ketika kita hidup.. bila ruh bercerai dengan jasad, bukanlah lagi jasad itu kepunyaan kita.. menjaga kesucian tubuh dari perkara haram dam maksiat adalah satu bentuk penjagaan ruh.. asal jasad kita dari tanah maka kembali jualah kepada tanah.. hanya ruh yg akan dihisab dan dipertanggungjawabkan kepada jasad yg digunakannya..

akan seperti sedekahlah, walau niat kita baik, belum tentu yg menerima akan menggunakannya ke jalan yg baik, dan itu bukanlah dibawah kekuasaan kita melainkan ketentuan takdir Allah swt.. begitulah halnya dengan mendermakan organ tubuh setelah kita mati, maka terpulanglah pada takdir Allah swt untuk menentukannya..

hanya moga2 organ tubuh yg kita pelihara dengan baik dari segala bentuk benda haram, membawa kebaikan kepada penerima.. jika kafir menerima maka moga2 kesucian organ tersebut memberi kebaikan padanya, seterusnya menjadi suatu sebab untuk Allah swt memberikan sinar Islam padanya.. insya-Allah..

melihat akan maksud 'korban' yg kita lakukan setiap kali aidiladha, maka adakah 'mengorbankan' organ yg sudah tidak kita perlukan untuk kesihatan dan kekuatan org lain, tidakkah ia merupakan 'korban' yg dimuliakan oleh Allah swt? terhapuskah kemungkinan dengan 'menyedekahkan' organ tubuh yg tidak kita perlukan, dapat membuat manusia lain beribadah dengan lebih baik kepada Allah swt, atau sekurang2nya menjadi sebab terbuka hatinya kepada keagungan Allah swt?

setiap perkara yg kita lakukan bergantung pada niat.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.. benarkah Allah swt akan menghukum kita ke atas sesuatu yg tidak kita lakukan? sesungguhnya apabila kita mati maka yg tertinggal buat kita adalah ilmu yg kita ajarkan, anak yg soleh dan harta yg kita belanjakan.. bukan ilmu yg kita simpan, bukan anak yg derhaka dan bila kita wakafkan harta kita, maka wakaf itu disalahgunakan, adakah kita juga dipertanggungjawabkan?

kita lihat pula dari segi praktikalnya.. bilamana kita begitu meresahkan andainya organ yg kita jaga dari segala benda haram, dan digunapakai pula oleh org yang tidak menjaga halal-haram, terutama oleh org kafir.. maka kalo nanti tersentuh akan haram ke atas organ kita..

tapi adakah kita meresahkan perkara yg sama bilamana kita memerlukan organ org lain, adakah kita akan menyelidiki latar belakang penderma tersebut? atau kita akan dengan mudah mengambil ijtihad darurat? maka hiduplah kita nanti dengan jantung atau hati yg telah tertempel titik haram, maka itu tidaklah kita pandang lebih berat dari menjalani kesakitan yg panjag dan menerima kematian..

kita nih berpilih2 tentang suatu isu.. kita nih mementingkan diri sendiri.. kita nih tak peduli selagi sesuatu perkara tidak menimpa diri kita.. bukan sekadar derma organ malah derma darah sekalipun kita tidak ambil berat.. kita mengharap org lain untuk menderma dan bukan diri kita.. kita mencari2 mudah dan bijak menghadirkan alasan.. inikah ajaran Islam yg kita fahami?

dalam kesempatan ini, tidaklah aku memaksa untuk mendaftar diri untuk menderma organ.. cukup bagiku kalau ada antara kita mulai bertukar2 pandangan dengan keluarga dan saudara-mara kita tentang perkara ini.. memberi kefahaman dan memengertikan kepentingan dari hal ini.. memang hari ini bukan hari kita, tapi tidak mustahil esok lusa adalah hari org2 yg kita sayangi.. di waktu itu dimanakah posisi pendirian kita? fikir2kanlah..

wallahualam..

statistik 2007 pesakit yang menanti penderma organUntuk maklumat yang lebih terperinci boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (National Transplant Resource Centre), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui nombor telefon berikut:

Pusat Sumber Transplan Nasional, Hosp. Kuala Lumpur
03-26942704/2705

Pusat Sumber Perdermaan Organ, Hosp. Ipoh
05-5222324/2533333 ext 2324

Pusat Sumber Transplan, Hosp. P. Pinang
04-2002436/2293333 ext 435

Pusat Sumber Tranplan, Hosp. Sultanah Aminah
07-2231666 ext 2751

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari,
http://www.infosihat.gov.my/Projek_khas_DermaOrgan.html
http://www.rayma.com.my/giftoflife/FAQ.html

Read On 0 ulasan

tegurlah pemimpinmu..


aku ditegur hari ini.. katanya, selagi pemimpin itu mengaku bertuhankan Allah swt dan mengakui Nabi saw adalah pesuruh Allah swt, maka hendaklah kamu tetap taat kepadanya melainkan dia menyuruh kamu melakukan sesuatu yg bersalahan dengan Islam..

jika terdapat kesalahan atau kesilapan pada kepimpinannya, maka tegurlah semampu dan sedaya upaya, bukan untuk menjatuhkannya tetapi supaya dia menyedari kesalahannya dan menginsafinya, seterusnya memperbaiki dirinya untuk maslahat org yg dipimpinnya..

tegurlah supaya pemimpin kamu memperbaiki dirinya untuk kebaikan masyarakat umum, dan bukan untuk mencela dan menghancurkannya..

subhanallah.. aku tersandar sambil menyerap kata2 itu..
Read On 0 ulasan

menyusur denai keturunan..


secara kita sedar atau tak sedar, kita nih byk ikut apa yg mak bapak kita buat.. sebab tuh kita nih patutnya selalu visit org tua sebab dengan kenal dan paham apa dan kenapa diorg buat dan react terhadap sesuatu membuatkan kita paham akan diri kita sendiri.. hanya setelah paham baru kita boleh berubah..

perangai bapak aku yg paling mak aku tak berkenan, suka tinggal spender kat tangga lepas balik solat jumat.. aku pun terikut2 sama.. sampai umah aku consult dgn mak aku camna nak buat.. now takder laa.. dah duk sorg spender tinggal merata kena kutip sendiri.. haha! now i understand why mak + org umah aku tak suka..

atuk aku pula kalo ada terkehel hati dgn nenek aku, dia tak bagi can nenek aku buat semua keje umah.. semua dia buat sendiri.. buat kopi, masak, cuci pinggan, basuh baju, sidai baju.. dia kata padan muka nenek ko tak dapat pahala hari nih.. aku sengeh jer.. apa taknya aku yg 'ter'dapat pahala tuh.. heheh

dah dekat raya nih rindu lak kat diorg.. baru aku rasa camna org raya sengsorg takder sanak sedara..
Read On 0 ulasan

tiada paksaan dalam agama?


The dashing Abdülmecit Efendi, pictured here in his library, was the last member of the Ottoman dynasty to hold court on the Bosphorus. Cultured, enlightened and with a passion for painting, he was cousin of the last Sultan and spent two years as Caliph. But in 1924, the caliphate was abolished and Abdülmecit left the city his family had captured five centuries earlier for exile in France. His paintings, abandoned in the very studio of his house on Çamlõca Hill where he had created them, are a remarkable pictorial legacy of the last days of empire. By Philip Mansel. Photographs of the Caliph's palace on Camlica Hill by Fritz von der Schulenburg
sekali lagi seseorg menggunakan argumentasi nas "tiada paksaan dalam agama" untuk mempertahankan pendapat klisenya.. aku merasa terganggu dengan pernyataan sebegitu.. hairan bila mengetahui masih ada lagi muslim yang mahu melihat kebaikan dalam Islam dari perspektif orientalis dan munafik agama..walaupun begitu, aku dapat memahami mengapa mereka mahu melihat dari perspektif itu..

kita hidup dlm zaman keliru.. hingga kita sendiri tak pasti adakah Islam yg kita amalkan ini benar2 Islam.. tapi jarang sekali kita cuba mencari untuk memperkukuhkan keimanan kita.. di zaman ini kita sering dimomokkan dengan istilah2 seperti demokrasi, hak kebebasan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, hak memilih, dan berbagai2 lagi hak yang menuntut kepada yg kononya bersifat kemanusiaan.. kerna ideologi2 moden ini kita jadi keliru tentang Islam.. sedangkan dalam Islam sudah terang dan lengkap..

citer psal Islam pulak, kita jadi keliru juga, Islam yg mana? macam2 jenama.. liberal, moderate, ekstrimis, hadhari, salaf.. bukan sekadar sunni dan syiah, malah sunni bermazhab 4 yg besar.. campur pula dgn berbagai2 aliran tasauf dengan aurad yg tersendiri.. pada pendapat aku semuanya Islam.. dan kerna Islam syumul dan mudah, maka kita punya pilihan utk ikut yg mana berdasarkan akal dan ilmu yg kita ada.. insya-Allah Tuhan permudahkan dan beri petunjuk.. yg hak tetap mutlak dan yg batil tetapkan kelihatan..

kekeliruan ini ditambah pula dengan wujudnya individu dan kumpulan yg mempunyai matlamat tersirat.. memperalatkan institusi agama sebagai jalan mudah untuk mendapat sokongan.. setiap agenda disinonimkan dengan Islam dan dilabelkan dengan berbagai2 istilah berbau arab.. hingga ada perlakuan antara mereka ini tidak Islam sama sekali tapi telah memburukkan nama Islam hingga secara tidak sedar membuatkan ramai mulai menjauhi Islam kerna tindakan mereka yg menyebabkan kekeliruan ini..

kembali pada kisah asal kita, "tiada paksaan dalam agama".. ayat yg lebih tepat ialah "tiada paksaan dalam beragama"..akan maksud asalnya ialah tiada paksaan untuk memilih agama Islam bagi org2 yg baru mengenali Islam..

dalam sejarah telah dikisahkan tentang bagaimana para sahabat memperluaskan pengaruh Islam, kebanyakannya dengan peperangan.. ini yg sering ditonjolkan terutama oleh pihak kafirun.. berkisah tentang perang bukanlah untuk berbangga2 dengan kemenangan tapi supaya kita sentiasa bersemangat dalam mempertahankan Islam.. kegagahan para syuhada bukan terletak kepada berapa ramai kafirin yg mereka bunuh, tetapi atas betapa tinggi dan kuatnya iman mereka hingga sanggup menggadaikan nyawa untuk Islam..

hanya saja yg ramai antara kita tak perasan ialah semasa pengluasan empayar Islam, tidaklah tentera Islam langsung datang melanggar dan menghancurkan setiap negara, melainkan telah berdakwah terlebih dahulu, menyeru agar memeluk agama Islam.. setiap negara diberikan pilihan sama ada memeluk agama Islam, tetap dengan agama mereka tetapi tunduk kepada kerajaan Islam atau memilih untuk memerangi Islam.. bukan dengan paksaan tapi dengan pilihan..

argumentasi yg paling klise ialah tentang aurat wanita.. wanita tak perlu dipaksa untuk bertudung.. seterusnya, kita tak boleh memaksa wanita untuk berpakaian cantik dan sedikit mengghairahkan.. terakhirnya nanti kita tak boleh memaksa wanita untuk tidak berpakaian.. hak asasi manusia.. kebebasan memilih.. bullshit!

adakah Quran dan hadis Nabi saw hanya boleh dipakai dizaman Nabi saw dan para sahabat saja? atau hanya sesuai di negara arab saja? adalah benar Quran dan hadis perlu ditafsir mengikut zaman malah juga mengikut budaya..


contoh yg paling mudah Nabi saw melakukan perjalanan dengan menaiki unta, maka adakah lebih afdhal kita semua naik unta? kita tafsirkan mengikut zaman, Nabi saw menggunakan unta kerana ia adalah tunggangan terbaik di zaman itu, maka kita juga harus menggunakan tunggangan terbaik di zaman kita.. Nabi saw memakai jubah, kerana jubah adalah pakaian seharian bangsa arab, yg paling biasa dilihat dan dipakai, tidak menunjukkan sesuatu yg berlebih2an.. maka seharusnya begitu juga kita berpakaian..

hukum dlm Islam adalah yg terbaik.. kita merasa terkongkong kerana nafsu kita tidak mahu kita mengikut sesuatu yg baik, nafsu hanya mendorong kepada sesuatu yg menyeronokkan.. umpama rasa gatal.. gatal itu berasal dari saraf sakit.. menandakan sesuatu yg mungkin dapat membahayakan.. tetapi ada pula yg tidak mahu mengubatinya kerna keseronokan menggaru.. ini yg harus kita insafi..

bila kita dituntut untuk mengikuti suatu cara yg menghalang kita daripada melakukan kebiasaan kita, tindakbalas pertama ialah kita menolaknya.. kerna kita sedang berada dalam zon selesa dalam hidup kita.. kita tidak mahu berubah.. walaupun perubahan itu perlu..ini kita kena tanya diri kita sendiri.. adakah kita menolak kerana ia tidak baik atau kerna kita sendiri yg tidak mahu berubah ke arah kebaikan..

argumentasi yg lebih besar.. mengapa penganut agama lain boleh meninggalkan agama mereka dan memeluk Islam tetapi seorg muslim tidak boleh murtad, malah menghukum bunuh seorg yg murtad? bukankah tiada paksaan dalam beragama?

mengapa org beragama? kerana mereka mahu memahami diri dan kehidupan.. kerana mereka mahu mencari kebenaran.. ini pencarian terbesar manusia.. maka kebenaran yg hakiki adalah Islam.. jika mereka mahu hidup dalam kehidupan yg benar maka mereka akan menemukan Islam dalam perjalanan mereka..

bagi org yg tidak mengenal Islam, mereka umpama org yg berada dalam kegelapan.. setiap titik cahaya yg mereka nampak akan dianggap sebagai jalan keluar.. namun cahaya yg manakah yg harus mereka ikut?

disini tempat letaknya perkataan "tiada paksaan dalam bergama".. jika kita tidak tahu cahaya yg mana yg akan menuntun kita keluar ke jalan yg cerah, kita boleh memilih.. jika cahaya itu nanti kita kenal hanya dari sebuah mentol, maka kita akan mencari lagi.. mengkaji cahaya yg lain.. hingga akhirnya kita menemukan cahaya yg menuntun kita melalui satu jalan keluar yg lurus dari kegelapan menuju pencerahan yg abadi.. ini Islam..

maka apabila kita sudah menemukan jalan keluar, mengapakah kita mahu berpatah balik dan mengikut cahaya2 yg lain yg sudah kita pastikan hanya sebuah tipuan? mengapa kita mahu tinggal dalam kegelapan sedangkan jalan keluar sudah kita temui?

bagi mereka2 yg memilih untuk tinggal dalam kegelapan malah menggesa org lain ikut serta tinggal dalam kegelapan merupakan satu perbuatan bodoh dan membodohkan..in my perspective, this kind of people doesn't deserve the truth, in fact they don't even deserve life itself.. they betrayed their own selves.. sebab itu sangat wajar dihukum bunuh..

mungkin kedengaran brutal atau sadis.. tapi apakah hukuman yg lebih wajar untk sesorang yg mendustai kebenaran? adakah kita menghargai dan menyanjung tinggi seseorg yg berbohong atau menipu kita?

walaupun begitu, tidaklah semudah itu untuk terus menghukum bunuh seorg yg murtad.. ada proses dalam Islam untuk setiap pengadilan.. hukuman dlm Islam bukanlah sekadar memuaskan kemarahan tetapi berbentuk pengajaran dan keadilan..

sebagai muslim dan mukmin, kita harus menginsafi tanggungjawab dan peranan kita masing2.. ini penting.. by understanding our responsibility, function and purpose, we will feel more alive and satisfying..

sungguh tiada paksaan dalam beragama.. kerna itu Tuhan mengurniakan kita dengan kelebihan akal supaya kita boleh memilih apa yg kita mahukan, syurga atau neraka.. begitulah Maha Bijaksana Allah swt.. maka terpulanglah pada kita untuk menggunakan akal yg dikurniakan-Nya.. namun janganlah pula kita mendustai kebenaran setelah kita menemukannya..

wallahualam..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008